Untuk meneruskan transaksi ini, anda perlu membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat di bawah dengan memilih SAYA SETUJU dan kemudian klik PLACE ORDER:
- Anda hendaklah memastikan & mengesahkan produk beserta kuantiti yang ditempah, alamat penghantaran, nombor telefon, cara penghantaran & kaedah pembayaran yang anda pilih adalah betul & tepat mengikut pengesahan pesanan.
- Anda bersetuju untuk membayar caj pengendalian (pos, caj pemprosesan, dll) seperti yang dinyatakan dalam invois.
- Selepas anda mengesahkan pesanan, anda mesti bersetuju bahawa pesanan dalam talian anda adalah MUKTAMAD dan TIDAK BOLEH diubah, dipadamkan atau ditukar dengan produk lain.
- Anda telah bersetuju dengan jadual penghantaran seperti berikut:
Jika pesanan telah disahkan, ia akan dihantar kepada anda mengikut tempoh berikut:
a) Daerah & kawasan bandar tempatan: 2 hingga 3 hari bekerja dari tarikh pesanan.
b) Kawasan pinggir bandar & Sabah/Sarawak/Labuan: 7 hingga 10 hari bekerja dari tarikh tempahan.
c) Pesanan selepas 2 petang akan dihantar pada hari bekerja berikutnya.
5. Jika anda memilih pesanan Self Pickup, anda mesti mengambil pesanan (di tempat yang telah anda nyatakan dalam sistem dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh pesanan. Jika anda/wakil gagal mengutip pesanan dalam tempoh tersebut, maka pesanan anda akan terbatal & TIADA pengembalian wang akan diberikan.
6. Apabila anda menerima bungkusan anda daripada kurier atau ambil sendiri, pastikan anda menyemak dengan memastikan produk dan kuantiti yang diterima adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan jika terdapat sebarang percanggahan. Sebarang laporan selepas tempoh yang ditetapkan TIDAK akan dilayan.
7. Pesanan yang dibuat secara dalam talian sama ada menggunakan perkhidmatan kurier atau kutipan sendiri tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang diterima tidak memenuhi pesanan yang diminta, mempunyai masalah kualiti atau keadaan tidak boleh dimakan/tidak boleh digunakan.
8. Pesanan yang dibuat mestilah dijual dengan cara yang ditetapkan oleh HQ sahaja. HQ melarang keras para pengedar untuk menjual di SHOPEE, LAZADA, MUDAH.MY, 11STREET, CAROUSELL DAN LAIN LAIN untuk kawalan harga. Tindakan akan diambil jika pengedar melanggar peraturan.
POLISI PEMULANGAN/PENGGANTIAN PRODUK ROSAK:
Produk HANYA dibenarkan dipulangkan/diganti sekiranya memenuhi syarat berikut:-
- Isu kualiti yang disebabkan oleh kecacatan pembuatan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh syarikat.
- Produk yang rosak (seperti kebocoran, pecah, dll.) semasa proses penghantaran, di mana ia mesti dilaporkan kepada Khidmat Pelanggan syarikat dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan, KECUALI:
a) Kecacatan produk yang disebabkan oleh kecuaian, pengendalian yang tidak betul atau penyimpanan yang tidak betul oleh pengedar/pelanggan.
b) Produk tamat tempoh. - Produk yang dipulangkan mestilah dalam pembungkusan asal dengan kandungan tidak kurang daripada 80% daripada pembungkusan asal.
- Bayaran balik TIDAK dibenarkan.
- Untuk penggantian produk baru, pengedar/pelanggan perlu memulangkan produk lama terlebih dahulu untuk tindakan lanjut.
